
Sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2026 adalah bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup. Pelbagai aktiviti sukan dan riadah diadakan bagi membina asas ke arah negara bersukan sebagai gaya hidup kita. Melalui kejohanan ini diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman sekali gus mencapai ke arah matlamat mewujudkan lebih banyak bakat Lokmanian Champion.