Program ini bertujuan melahirkan murid yang cergas, berdisiplin, dan seimbang dari aspek akademik mahupun fizikal. Melalui penglibatan menyeluruh murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dalam aktiviti senaman, sambutan ini bukan sahaja memupuk semangat kesukanan dan nilai murni, malah mengukuhkan perpaduan serta muhibah demi merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai sebuah "Negara Bersukan".