HARI SUKAN NEGARA 2026 (2)

Hari Sukan Negara Peringkat SMK Seri Mulia Tahun 2026 merupakan satu program yang dianjurkan bagi menggalakkan penglibatan aktif warga sekolah & komuniti setempat dalam aktiviti sukan dan gaya hidup sihat. Program ini melibatkan semua guru, murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dan komuniti setempat serta dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti sukan yang menarik dan bersesuaian. Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik, perlawanan antara kelas dan perlawanan antara unit kokurikulum yang melibatkan sukan seperti bola tampar, bola baling, frisbee dan bola tampar pantai campuran. Pelaksanaan program secara berperingkat sepanjang bulan September sehingga kemuncak pada 10 Oktober 2026 memberi peluang kepada murid untuk mengambil bahagian secara aktif, membina semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan antara murid dan warga sekolah. Program ini juga menjadi medium untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, disiplin, kepimpinan, semangat berpasukan, keyakinan diri dan sikap saling menghormati melalui penglibatan dalam aktiviti sukan. Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat membudayakan gaya hidup aktif dan sihat serta menyokong usaha melahirkan warga sekolah yang cergas, positif dan mempunyai jati diri yang tinggi.

Event Information

Event Date 23-09-2026 10:00 am
Event End Date 10-10-2026 4:00 pm
Capacity 750
Registered 0
Available Place 750
Individual Price Free
Location SMK SERI MULIA

We are no longer accepting registration for this event