Pertandingan Komik Digital Hari Sukan Negara
Pertandingan Komik Digital Hari Sukan Negara merupakan program anjuran Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani dengan penglibatan Sekolah Dalam Hospital Hospital Rehabilitasi Cheras (SDH HRC). Program ini bertujuan mencungkil kreativiti dan bakat murid dalam menghasilkan komik digital bertemakan “Teknologi Digital dan Kecerdasan Buatan (AI)”, di samping memberi peluang kepada murid meneroka teknologi digital secara kreatif, mengenali pelbagai sukan di Malaysia serta menyemai semangat kesukanan dalam diri murid.