KEJOHANAN SILAMBAM BEST EMPIRE TERBUKA SEMPENA HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2026

Kejohanan Silambam Best Empire Terbuka Sempena Hari Sukan Negara Tahun 2026 merupakan satu kejohanan seni bela diri Silambam yang dianjurkan oleh Best Empire Silambam Club dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menyemarakkan semangat kesukanan, kecergasan, disiplin dan perpaduan dalam kalangan generasi muda. Seramai 150 orang peserta berumur antara 7 hingga 18 tahun dijangka akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Para peserta akan bertanding dalam beberapa kategori utama iaitu Poruthal (Kombat), Kai Slavarisaai dan Thanithiramai Otrrai Kambu. Kejohanan ini bertujuan memberikan peluang kepada peserta untuk mengembangkan bakat, meningkatkan kemahiran serta memperoleh pengalaman pertandingan dalam suasana yang sihat, kompetitif dan profesional. Program ini juga diadakan bagi menggalakkan penglibatan aktif golongan muda dalam sukan serta memupuk nilai disiplin, keberanian, keyakinan diri, semangat kesukanan dan perpaduan sempena sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2026.
Event Information
|
Event Date |
11-10-2026 9:00 am - 6:00 pm |
|
Registration Start Date |
11-10-2026 9:00 am |
|
Capacity |
150 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
150 |
|
Individual Price |
$80.00 |
|
Location |
PERKARANGAN TM STADIUM BUKIT JALIL |