
NAAM KHEUNG FUN RUN (NK FUN RUN) merupakan program larian santai yang dianjurkan sempena Hari Sukan Negara bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan antara murid, guru, ibu bapa dan komuniti sekolah. Program ini juga bertujuan memupuk semangat kesukanan, perpaduan dan kerjasama dalam kalangan peserta.