
Kejohanan Merentas Desa Sekolah merupakan program tahunan yang dianjurkan sebagai salah satu aktiviti kokurikulum bagi membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid melalui aktiviti larian. Penganjuran program ini juga merupakan usaha sekolah untuk menyokong aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS), selaras dengan hasrat Hari Sukan Negara yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun.