HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT JKR WPKL 2026

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT JKR WPKL 2026 Program Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKR WPKL) telah diadakan pada 9 hingga 10 Oktober 2026 bertujuan menggalakkan budaya hidup aktif, sihat dan cergas dalam kalangan warga kerja jabatan. Program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan serta meningkatkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan warga JKR WPKL. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah sesi senamrobik dan sukan rakyat seperti Carrom, dart, sukaneka rakyat, takraw, badminton pada 9 Oktober 2026 di tiga lokasi berbeza iaitu Dewan JKR WPKL Tingkat 19, serta lokasi berkaitan di JKR Batu 4½ dan Dewan Khidmat Batu Kentonmen. Selain itu, Pertandingan Golf Jemputan turut diadakan pada 10 Oktober 2026 di Impian Golf & Country Club dengan penglibatan Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) JKR WPKL. Penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan fizikal dan mental, menggalakkan penyertaan aktif dalam aktiviti sukan serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat, harmoni dan produktif, selaras dengan aspirasi #MalaysiaAktif dan #HSN2026.

Event Information

Event Date 09-10-2026 8:30 am
Event End Date 10-10-2026 5:00 pm
Capacity 500
Individual Price Free
Location SUNWAY PUTRA TOWER