HARI SUKAN NEGARA ((HSN) 2026

 PERINCIAN AKTIVITI TAHAP 1 1.Lari Ganti-Ganti “Algoritma Robot” Tempat: Padang SMK Raja Ali Peralatan yang diperlukan: kon skittle, marker,  Penglibatan: 1 Berlian, 1 Nilam, 2 Berlian Arahan: Murid berlari dari titik A ke B melalui tiga zon. Zon A: murid perlu lompat kijang dari Titik A sebanyak tiga kali untuk ke Zon B. Zon B: murid perlu jalan secara mengundur ke Zon C. Zon C: murid perlu lari pecut ke Titik B. Percubaan dibenarkan sebanyak satu kali sahaja.   2. Misi Pengumpulan Data “Data Sorting” Tempat: Laman Teduh Peralatan yang diperlukan: pundi kacang, gelung rotan pelbagai warna, jam randik Penglibatan: 2 Nilam, 3 Berlian, 3 Nilam  Arahan:  Guru menyusun sebanyak enam gelung rotan di atas lantai.  Guru selerakkan pundi kacang pelbagai warna. Murid perlu masukkan pundi kacang ke dalam gelung rotan warna yang sama. Guru rekod masa setiap kumpulan. Kumpulan yang mempunyai rekod masa terpantas dikira sebagai pemenang.   TAHAP 2 1.Laluan Berhalangan “Navigasi Sensor” Tempat: Laman Biru Peralatan yang diperlukan:kon, kain penutup mata, kad kecil yang mempunyai kod arahan Penglibatan: Murid-murid Tahun 4 dan 5 (bermain secara penggiliran) Arahan: Di dalam kumpulan, murid perlu memilih pasangan dan menentukan siapa yang akan menjadi A dan B. A: Programmer (Murid yang akan membimbing pasangan) B: AI tanpa visual (Murid yang akan pakai kain penutup mata) A akan menggunakan kod di bawah untuk membimbing B Depan: bergerak ke hadapan Belakang: bergerak ke belakang Kiri: bergerak ke kiri Kanan: bergerak ke kanan Lompat: lompat Jalan: jalan Henti: henti Murid TIDAK DIBENARKAN menggunakan arahan sendiri selain daripada kod di atas. Jika murid melanggar arahan ini, murid perlu mula dari awal. Pemenang akan dipilih berdasarkan kumpulan terawal dan terpantas untuk sampai ke titik penamat.   Nota: murid tetap bermain sebagai satu kumpulan walaupun bermain secara berpasangan   2.Eksplorasi Kod QR “Cyber Hunt” Tempat: Sekitar kawasan sekolah Peralatan yang diperlukan: kertas QR, pita pelekat, yoga mat Penglibatan: 6 Berlian, 6 Nilam Arahan: Murid dibahagikan ke 8 kumpulan. (6-7 murid satu kumpulan) Murid perlu bergerak dari satu stesen ke satu stesen yang lain. Guru perlu sediakan telefon pintar/tablet untuk murid imbas kod QR di setiap stesen. Setiap kod QR akan memberikan maklumat tentang aktiviti yang murid perlu laksanakan. Setiap kumpulan akan diberikan turutan stesen untuk pergerakan. Murid akan dilepaskan dari Laman Teduh ke stesen-stesen berikut. Stesen A (6 Nilam): burpee 5 kali untuk setiap ahli Stesen B (2 Berlian): skipping 10 kali untuk setiap ahli Stesen C (Laman Hijau): pukul bola guna kayu hoki masuk ke dalam small hurdle (3 setiap ahli) Stesen D (Laman Hijau): masukkan bola ke dalam hoop bola keranjang sebanyak 3 kali untuk setiap ahli Stesen E (4 Berlian): murid perlu menjawab soalan-soalan kuiz dengan betul Murid akan diberikan barang amanah yang perlu dijaga di setiap stesen dan barang-barang tersebut perlu dikembalikan dengan keadaan yang baik di titik penamat (Laman Teduh).   Kumpulan terawal yang sampai dikira sebagai pemenang. PRASEKOLAH DAN PPKI SUKANEKA

Event Information

Event Date 09-10-2026 8:00 am - 10:00 am
Capacity 325
Registered 0
Available Place 325
Individual Price Free
Location SK BATU 4