HARI SUKAN NEGARA SK BANGSAR
Sambutan Hari Sukan Negara akan diadakan di SK Bangsar bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga sekolah. Aktiviti ini melibatkan semua murid sesi pagi dan akan berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 11.50 pagi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik yang bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal serta mewujudkan suasana yang ceria dan menyeronokkan. Murid akan mengambil bahagian secara aktif bersama guru dalam aktiviti yang dirancang.
Bagi murid sesi petang, aktiviti sambutan Hari Sukan Negara akan dijalankan pada waktu petang dengan pengisian aktiviti senamrobik yang sama. Program ini diharapkan dapat memupuk minat murid terhadap aktiviti fizikal, menggalakkan semangat kesukanan serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.
Event Information
|
Event Date |
09-10-2026 10:00 am - 11:50 am |
|
Capacity |
1727 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
1727 |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
SK BANGSAR
|