HARI SUKAN NEGARA & KARNIVAL KITA

Kebanyakan murid amat berminat dengan aktiviti-aktiviti permainan  yang memerlukan ketahanan dan kekuatan dari segi fizikal dan mental. Selain itu, murid juga berminat dengan aktiviti yang memerlukan kemahiran yang boleh membentuk peribadi seorang murid berteraskan kurikulum unit beruniform yang jarang dilakukan di sekolah-sekolah. Justeru, aktiviti ini boleh menjadi wadah kepada murid bagi melahirkan murid yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan dapat mengendalikan pelbagai aktiviti ke arah meningkatkan kecemerlangan diri. 3.0       KUMPULAN SASARAN             Semua murid dan warga SMK Dato’ Onn  4.0       TARIKH CADANGAN              Tarikh :09 Oktober 2026 (Jumaat) Masa : 7.30 pagi -12.30 tengah hari               5.0       TEMPAT             Sekitar kawasan sekolah SMK Dato’ Onn    6.0       MATLAMAT   Melahirkan murid sekolah yang berdisiplin, komited, dan mengamalkan gaya hidup sihat yang seimbang daripada segi akademik dan kokurikulum   7.0                  OBJEKTIF : 7.1   Membina generasi bersemangat patriotik yang cinta akan agama, bangsa dan negara; 7.2 Melahirkan generasi yang faham, menghayati dan mengamalkan akhlak mulia serta mampu memberi sumbangan ke arah kesejahteraan hidup bermasyarakat dan negara; 7.3  Menyediakan peluang kepada murid untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kepimpinan;7.4  Membentuk generasi yang bersemangat berpasukan, memiliki keterampilan diri, berdaya saing, semangat juang yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran hidup di alam pembelajaran. 7.5  Membina dan memupuk murid sentiasa mengamalkan, mempraktikkan semua isi kandungan kurikulum  dalam kehidupan seharian. 7.6  Meneroka dunia sebenar melalui projek inovasi dan aktiviti pembelajaran abad ke-217.7  Mewujudkan jaringan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, dan komuniti 7.8  Memupuk keprihatinan terhadap masyarakat dan kelestarian alam sekitar   8.0       JAWATANKUASA PROGRAM DAN ATUR CARA             (Sila Lihat Lampiran 1) 9.0         IMPILKASI KEWANGAN 9.1  HARI SUKAN NEGARA 2026 Pendapatan BANTUAN SUKAN SEKOLAH RM 170.00 Perbelanjaan (Anggaran)   1. Plak 2. Banner Hari Sukan Negara   RM 6.00 X 30 unit RM 50   RM   180.00 RM     50.00   JUMLAH RM 230.00               9.2  KARNIVAL KITA   2026  Pendapatan Peruntukan OS42000 - 030348 Pembentukan Karakter RM 1000.00 Perbelanjaan (Anggaran)   1. Hadiah pertandingan - PLAK 2. Bahan Terrarium 3. Banner dan Banting KARNIVAL KITA 4.Perhiasan Pentas RM 10.00 X 50 unit RM 200 RM 200 RM 100 RM   500.00 RM   300.00 RM   200.00 RM   100.00   JUMLAH RM 1000.00                 10.0       JANGKAUAN ISU DAN IMPAK AKTIVITI 10.1     Murid memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kepimpinan. 10.2     Murid dapat memiliki semangat berpasukan, keterampilan diri, berdaya saing,               semangat juang yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran hidup di               alam pembelajaran. 10.3     Murid dapat meluaskan minda dan pengalaman.                                     11.0     PENUTUP Kami berharap program yang dicadangkan ini akan dilaksanakan dan akan berjalan dengan lancar serta mencapai matlamat dan objektif . Terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.                    Disediakan oleh,                  Nurul Syahirah binti Rosli          Penyelaras Hari Sukan Negara & Karnival KITA         SMK Dato’ Onn   Disemak oleh,         Noor Azmiza binti A Aziz     PK Kokurikulum     SMK Dato’ Onn   Disahkan oleh,     Rosnah binti Samlee Pengetua SMK Dato’ onn  

Event Information

Event Date 09-10-2026
Event End Date 09-10-2026
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free
Location SMK DATO' ONN