HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT SMK ST. GABRIEL

Hari Sukan Negara 2026 Peringkat SMK St. Gabriel dianjurkan sebagai satu usaha untuk menyemarakkan budaya bersukan serta menggalakkan penglibatan aktif warga sekolah dalam aktiviti fizikal. Program ini memberi peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti yang dapat meningkatkan kecergasan fizikal, di samping memupuk nilai kerjasama, disiplin, semangat kesukanan dan hubungan yang baik antara warga sekolah. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah senamrobik, yang dapat menggalakkan penyertaan secara menyeluruh dalam suasana yang santai dan menyeronokkan. Selain itu, permainan bola keranjang dan bola sepak turut diadakan bagi memberi peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran sukan, bekerjasama dalam pasukan serta menunjukkan semangat kesukanan. Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang kepentingan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat serta menjadikan amalan bersukan sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.

Event Information

Event Date 09-10-2026 7:25 am - 9:50 am
Capacity 240
Registered 0
Available Place 240
Individual Price Free
Location SMK ST. GABRIEL