CABARAN LOMPAT TALI PERINGKAT KEBANGSAAN ( SEMPENA HARI SUKAN NEGARA )

Persekutuan Lompat Tali Malaysia akan menganjurkan Cabaran Lompat Tali Peringkat Kebangsaan ( Sempena Hari Sukan Negara ) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur, dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia dan dengan penjana utama Yakult Malaysia. Penganjuran ini merupakan platform bagi menghimpunkan atlet-atlet lompat tali dari seluruh negara untuk mempamerkan bakat, kemahiran, disiplin dan semangat kesukanan dalam suasana pertandingan yang sihat dan kompetitif.
Pertandingan ini bukan sahaja menjadi medan pencarian bakat baharu malah turut menyokong aspirasi negara dalam membudayakan gaya hidup aktif serta memperkukuhkan pembangunan sukan lompat tali di semua peringkat. Seiring dengan matlamat ” Sukan Untuk Semua ” program ini diharap dapat melahirkan lebih ramai atlet berpotensi yang mampu mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa dimasa akan datang.
Penyertaaan adalah secara percuma dan terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara berprestij ini kerana sijil pengiktirafan PAJSK Peringkat Kebangsaan akan diperolehi. Marilah bersama-sama memeriahkan Pertandingan Sukan Lompat Tali Terbuka Peringkat Kebangsaan 2026.
Tarikh : 10 Oktober 2026Tempat : Pekarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Event Information
|
Event Date |
10-10-2026 8:00 am - 1:00 am |
|
Cut Off Date |
05-10-2026 5:00 am |
|
Capacity |
500 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
500 |
|
Individual Price |
DUA RIBU DUA RATUS |
|
Location |
PERKARANGAN STADIUM BUKIT JALIL
|
We are no longer accepting registration for this event