KEJOHANAN WEIQI MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH KE-7

Kejohanan Weiqi Malaysia Sekolah Menengah Dan Rendah Ke-7 merupakan sebuah kejohanan berprestij peringkat kebangsaan yang melibatkan penyertaan pasukan dari sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh Malaysia. Kejohanan ini dianjurkan bertujuan memperkenalkan dan memperkembangkan sukan minda Weiqi dalam kalangan pelajar serta memupuk budaya bersaing secara sihat antara sekolah.
Bagi edisi kali ini, setiap sekolah dijemput menghantar penyertaan secara berkumpulan, di mana satu pasukan terdiri daripada tiga orang pemain. Kejohanan akan dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu:• Kategori Sekolah Rendah: Kumpulan U10 dan U13• Kategori Sekolah Menengah: Kumpulan U16 dan U19
Kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 11 dan 12 Oktober 2025, bertempat di Putrajaya. Pertandingan akan dijalankan mengikut format sistem Swiss untuk memastikan setiap pasukan mendapat peluang bersaing secara adil dan menyeluruh.
Event Information
Event Date |
11-10-2025 9:00 am |
Event End Date |
11-10-2025 7:00 pm |
Cut Off Date |
22-09-2025 |
Capacity |
250 |
Registered |
0 |
Available Place |
250 |
Youth |
100 |
Children |
150 |
Location |
Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin
|
We are no longer accepting registration for this event