MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI SARAWAK

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI SARAWAK Pelaksanaan program Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) semua Bahagian di negeri Sarawak akan diadakan pada 17 hingga 19 Oktober 2025 manakala Sambutan Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) Peringkat Negeri Sarawak akan diadakan pada 18 Oktober 2025 (Sabtu) bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman. Sebanyak 45 jenis aktiviti telah dirancang dan akan dilaksanakan bersempena HSN2025 Peringkat Negeri Sarawak pada tahun ini dengan berkonsepkan menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus mengamalkan aktiviti sukan dan kecergasan ke arah menjadikan sukan sebagai gaya hidup aktif serta meningkatkan penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti sukan. Dengan bertemakan Malaysia aktif, program HSN2025 ini juga memfokuskan penglibatan masyarakat yang lebih meluas meliputi golongan warga emas, veteran, OKU, wanita dan kanak-kanak.

Event Information

Event Date 18-10-2025
Event End Date 18-10-2025
Cut Off Date 18-10-2025
Capacity 5540
Registered 0
Available Place 5540
Senior Citizens 137
Veterans 1020
Youth 4012
Persons with Disabilities (OKU) 86
Women 2236
Children 285
Location Stadium Tertutup Sri Aman