HARI SUKAN NEGARA SK SULABAYAN, SEMPORNA 2025

Hari Sukan Negara merupakan satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun bagi menyemarakkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Sehubungan itu, Sekolah Kebangsaan Sulabayan akan menganjurkan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2025 sebagai satu platform untuk meningkatkan penyertaan murid, guru, dan komuniti setempat dalam aktiviti sukan serta memperkukuh semangat kesepaduan dan perpaduan warga sekolah.   Antara objektif program adalah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat. Memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan, dan disiplin diri. Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru, murid, dan komuniti setempat. Memberi peluang kepada murid untuk menonjolkan potensi dan bakat dalam bidang sukan.

Event Information

Event Date 11-10-2025 6:50 am
Event End Date 11-10-2025 12:40 pm
Cut Off Date 11-10-2025 7:00 am
Capacity 120
Registered 0
Available Place 120
Location SEKOLAH KEBANGSAAN SULABAYAN SEMPORNA