Senaman Taichi 18 gaya dan Tarian Plaza

Senaman Taichi 18 gaya dan Tarian Plaza Kami dari JPKK Malim Jaya akan turut serta dalam program Hari Sukan Negara pada 10/10/2025.Aktiviti kami adalah senaman Taichi dan tarian plaza. Kedua-dua aktiviti ini dianjurkan sempena sambutan Hari Sukan Negara peringkat Melaka bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam gaya hidup sihat dan aktif melalui aktiviti-aktiviti sukan. Senaman Taichi kami ialah Taichi 18 gaya, yang menekankan penjagaan tubuh, regangan otot, melonggarkan sendi dan lain-lain. Pergerakannya agak perlahan, sesuai untuk golongan yang berusia. Manakala tarian plaza pula adalah lebih cepat, ringan dan berirama. Ia sesuai untuk mereka yang masih mampu melakukan pergerakan besar. Kedua-dua aktiviti ini dapat menguatkan tubuh badan.Kami berharap melalui aktiviti ini, penduduk Malim dan kawasan sekitarnya berpeluang menyertai aktiviti sukan komuniti kami sambil berkenalan dan mengeratkan silaturahim.

Event Information

Event Date 10-10-2025 7:00 am
Event End Date 10-10-2025 10:00 am
Cut Off Date 08-10-2025 5:00 pm
Capacity 80
Registered 0
Available Place 80
Senior Citizens 40
Veterans 20
Youth 20
Women 60
Location Dewan Abadi