KEJOHANAN PERTEMPURAN LEGENDA: HARI SUKAN NEGARA 2026

Kejohanan Pertempuran Legenda: Hari Sukan Negara 2026 merupakan satu program e-sukan yang bertujuan menyediakan platform kepada peserta untuk menyerlahkan bakat, kemahiran dan potensi dalam bidang sukan elektronik. Program ini menekankan kepentingan kerjasama pasukan, komunikasi yang berkesan, koordinasi, kepimpinan serta pemikiran kritis, kreatif dan strategik.
Melalui kejohanan ini, peserta dapat mengamalkan budaya persaingan yang sihat, beretika dan berintegriti, di samping mengembangkan kemahiran insaniah dan membina keyakinan diri. Aktiviti e-sukan juga menjadi medium untuk mengimbangi minat terhadap teknologi digital dengan komitmen akademik serta aktiviti kokurikulum.
Kejohanan ini akan berlangsung secara dalam talian melalui Microsoft Teams pada 10 Oktober 2026. Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang peserta dan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50 bagi satu pasukan. Peserta dan pasukan yang menunjukkan prestasi, strategi, semangat kesukanan dan kerjasama yang cemerlang berpeluang menerima pengiktirafan serta diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Event Information
|
Event Date |
10-10-2026 7:00 am - 11:00 am |
|
Cut Off Date |
10-02-2026 10:00 am |
|
Capacity |
Unlimited |
|
Registered |
0 |
|
Individual Price |
RM 50.00 FOR 1 GROUP |
|
Location |
ATAS TALIAN |
We are no longer accepting registration for this event