WARISAN RAKYAT, CERGAS BERGERAK

WARISAN RAKYAT, CERGAS BERGERAK Program “Warisan Rakyat, Cergas Bergerak” telah diadakan pada 30 Oktober 2026 (Jumaat), bermula jam 7:20 pagi hingga 9:50 pagi bertempat di SK Kita, anjuran Unit Kokurikulum sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2026. Program ini melibatkan semua murid SK Kita dari prasekolah hingga Tahun 6 dengan pengisian aktiviti permainan sukan rakyat seperti permainan guli, zero point, ketingting dan boling kelapa. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada murid tentang permainan tradisional yang semakin dilupakan, di samping memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan menggalakkan gaya hidup aktif serta sihat. Secara keseluruhannya, program telah berjalan dengan lancar dan jayanya dengan penglibatan serta kerjasama yang baik daripada semua murid dan guru.

Event Information

Event Date 30-10-2026 7:20 am - 9:50 am
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free
Location SK KITA

We are no longer accepting registration for this event