SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA SK SUNGAI TANGAP (2)

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA SK SUNGAI TANGAP (2) Program Sambutan Hari Sukan Negara 2026 peringkat SK Sungai Tangap telah berjaya dilaksanakan pada 8 Oktober 2026 (Khamis), bermula pukul 7.30 pagi hingga 1.30 petang bertempat di Gelanggang SK Sungai Tangap. Program ini melibatkan penyertaan guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), murid serta ahli PIBG melalui pelbagai aktiviti sukaneka yang menarik dan menyeronokkan. Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan, khususnya dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat. Selain itu, program ini turut berjaya memupuk semangat kerjasama, disiplin, toleransi dan kesukanan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah dengan komuniti setempat. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan warga sekolah yang aktif, sihat dan cergas serta mewujudkan suasana sekolah yang ceria dan harmoni.

Event Information

Event Date 08-10-2026
Event End Date 08-10-2026
Cut Off Date 08-10-2026
Capacity 50
Registered 0
Available Place 50
Individual Price Ringgit Malaysia Two Hundred Seventy-Eight and Sen Seventy Only.
Location SK SUNGAI TANGAP

We are no longer accepting registration for this event