Program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebagsaan Dit

Pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi dijalankan dengan penglibatan murid-murid, guru-guru serta warga sekolah. Antaranya ialah Merentas desa, brisk-walk, street soocer, dan bola jaring. Aktiviti yang dilaksanakan bukan sahaja dapat meningkatkan kecergasan fizikal, malah turut memupuk semangat kerjasama, disiplin, perpaduan dan kesukanan dalam kalangan peserta.
Penganjuran program ini diharapkan dapat melahirkan warga sekolah yang sihat dari segi fizikal dan mental serta menjadikan aktiviti sukan sebagai sebahagian daripada budaya hidup. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah, PIBKS dan komuniti setempat serta mewujudkan suasana sekolah yang aktif, ceria dan harmoni.
Secara keseluruhannya, Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Dit, Debak diharapkan dapat mencapai objektif yang ditetapkan serta menyemai kesedaran bahawa sukan merupakan medium penting dalam membentuk masyarakat yang sihat, cergas dan bersatu padu.
Event Information
|
Event Date |
16-10-2026 7:30 am - 11:15 am |
|
Capacity |
150 |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
Sk Dit
|