PERSAHABATAN BOLA TAMPAR 3 LAWAN 3 SEMPENA HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2026
Hari Sukan Negara disambut pada bulan Oktober setiap tahun sebagai inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat melalui penyertaan dalam aktiviti sukan. Sehubungan itu, Kelab Bola Tampar SJKC Chong Boon, Mukah berhasrat untuk menganjurkan Persahabatan Bola Tampar 3 lawan 3 peringkat sekolah sebagai salah satu pengisian sempena sambutan tersebut. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti fizikal dan sukan secara sihat dan selamat. 2.2 Mewujudkan semangat kesukanan, kerja berpasukan dan daya saing dalam kalangan murid. 2.3 Memberi pendedahan kepada murid tentang peraturan asas permainan bola tampar. 2.4 Menyemarakkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan warga sekolah. 3.0 PENYERTAAN 3.1 Penyertaan terbuka kepada ahli Kelab Bola Tampar. 3.2 Setiap pasukan menghantar 4 orang pemain (pasukan lelaki dan pasukan perempuan).
Event Information
|
Event Date |
10-10-2026 8:00 am - 12:00 pm |
|
Capacity |
1 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
1 |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
SJKC CHONG BOON
|
We are no longer accepting registration for this event