KEJOHANAN MERENTAS DESA SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Sempena Hari Sukan Negara 2026 diadakan untuk memupuk amalan hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta menyemai semangat kesukanan, disiplin dan perpaduan dalam kalangan murid. Selepas kejohanan merentas desa, aktiviti diteruskan dengan permainan kecil yang menyeronokkan untuk semua murid, seperti permainan “1, 2, 3 Patung”, membawa bola secara berpasangan dan berjalan sambil mengimbangi pundi kacang di atas kepala dengan gaya tertentu. Aktiviti ini bertujuan memupuk semangat kesukanan, kerjasama, keseimbangan dan mengeratkan hubungan antara murid sempena Hari Sukan Negara 2026.
Event Information
|
Event Date |
16-10-2026 7:30 am - 11:30 am |
|
Capacity |
Unlimited |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
SJK (C) CHUNG HUA
|