KARNIVAL SUKAN SEKOLAH 2026 - SELAMPIT SPORTS EXCELLENCE (2)

KARNIVAL SUKAN SEKOLAH 2026 - SELAMPIT SPORTS EXCELLENCE (2) Karnival Sukan Sekolah – Selampit Sports Excellence (SSE) telah dianjurkan pada 13–14 Oktober 2026 bertempat di SK Selampit, Lundu, Sarawak dengan melibatkan semua murid prasekolah serta murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Program ini bertujuan untuk: Menggalakkan murid mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Meningkatkan tahap kecergasan fizikal, koordinasi dan kemahiran motor murid. Memupuk semangat kerjasama, disiplin, keyakinan diri dan kesukanan. Mengenal pasti serta mengembangkan potensi dan bakat murid dalam bidang sukan, khususnya sukan hoki. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan, antaranya senamrobik, aktiviti sukaneka bagi murid prasekolah dan tahap satu serta aktiviti sukaneka dan 4S Hoki bagi murid tahap dua. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan melalui penglibatan aktif murid dalam pelbagai aktiviti sukan yang menyeronokkan dan bermakna. Program ini turut memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kecergasan fizikal, mengukuhkan semangat kerjasama dan kesukanan serta mencungkil potensi dan bakat mereka dalam bidang sukan.

Event Information

Event Date 13-10-2026
Event End Date 14-10-2026
Capacity Unlimited
Individual Price Free
Location SK SELAMPIT, LUNDU