HARI SUKAN NEGARA SMK AGAMA TUN AHMAD ZAIDI :KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN (3)

Karnival Sukan dan Permainan SMK Agama Tun Ahmad Zaidi 2026 merupakan program tahunan sekolah yang turut menggabungkan aktiviti sambutan Hari Sukan Negara. Karnival ini melibatkan enam acara sukan utama, iaitu futsal, bola jaring, bola baling, bola tampar, ping pong dan badminton. Selain itu, Klinik Sukan Memanah turut diadakan sebagai acara khas bagi memberikan pendedahan dan meningkatkan kemahiran murid dalam sukan memanah. Program ini juga merangkumi acara Mini PSKPP yang melibatkan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) melalui pertandingan bola tampar lelaki dan bola jaring perempuan. Secara keseluruhannya, karnival tahun ini melibatkan seramai 75 orang guru dan 750 orang murid yang mengambil bahagian sebagai pemain, ahli jawatankuasa dan penonton. Program ini diharapkan dapat memupuk semangat kesukanan, mengeratkan hubungan silaturahim serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.