
Sambutan Hari Sukan Negara peringkat SK Kg Klid/Plajau diadakan bagi memupuk amalan gaya hidup sihat disamping menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah, murid dan ibu bapa. Program ini juga bertujuan untuk menyemai semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan komuniti dan pihak sekolah.