HARI SUKAN NEGARA

Hari Sukan Negara peringkat sekolah diadakan untuk memupuk budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga sekolah. Program ini melibatkan penyertaan guru dan murid dalam pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan seperti senamrobik, lontar peluru, lari berganti-ganti serta pertandingan sukan yang bersesuaian. Aktiviti ini dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal, mengeratkan hubungan antara guru dengan murid, memupuk semangat kerjasama dan kesukanan serta membentuk amalan gaya hidup sihat. Program ini juga memberikan peluang kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti fizikal di samping mewujudkan suasana sekolah yang ceria, sihat dan harmoni. Secara keseluruhannya, pelaksanaan Hari Sukan Negara di peringkat sekolah dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan dan menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.

Event Information

Event Date 10-09-2026
Event End Date 10-09-2026
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free
Location SJK MINGCHIANG

We are no longer accepting registration for this event