HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH
PROGRAM: Sambutan Hari Sukan Negara 2026 TEMPAT: Padang SK St Peter St Paul TARIKH: 16 Oktober 2026 MASA: 7.30 Pagi – 12.50 Tengah Hari SASARAN: Semua Murid, Guru, dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) PERINCIAN MASA & AKTIVITI Masa: 7.30 pagi – 7.40 pagi Semua murid, guru, dan staf sokongan (AKP) berkumpul di padang mengikut rumah sukan masing-masing. Ketua rumah sukan dan guru penasihat mengambil kehadiran serta memastikan kesediaan dan keselamatan murid. SLOT 1: MAJLIS PERASMIIAN HARI SUKAN NEGARA Masa: 7.40 pagi – 8.00 pagi Tempoh Masa: 20 Minit Ucapan alu-aluan pengacara majlis dan nyanyian lagu rasmi. Ucapan Perasmian Hari Sukan Negara 2026 oleh Guru Besar SLOT 3: SENAMROBIK MALAYSIA MADANI Masa: 8.00 pagi – 8.30 pagi Tempoh Masa: 30 Minit Sesi pemanasan badan (warm-up) secara beramai-ramai dipimpin oleh cikgu/ wakil murid. Pergerakan senamrobik berirama berasaskan tema Malaysia Madani untuk menyemarakkan tenaga dan semangat kesukanan sebelum acara bermula. SLOT 4: SUKANEKA MINI ANTARA RUMAH SUKAN (SESI 1) Masa: 8.30 pagi – 10.30 pagi Tempoh Masa: 2 Jam 1. Lari Kepit Belon (40 Minit): Peserta perlu mengepit belon di celah paha/lutut dan berlari/berjalan pantas menuju ke garisan penamat tanpa memecahkan atau menjatuhkan belon. Menguji keseimbangan fizikal dan kawalan otot. 2. Cabaran Kacang Berantai (40 Minit): Peserta secara berkumpulan memindahkan kacang dari satu bekas ke bekas yang lain menggunakan pinggan secara berganti-ganti dalam rantaian ahli. Menguji kefokusan, ketelitian, dan kecekapan pergerakan. 3. Misi Kutip Getah (40 Minit): Peserta perlu mengambil getah menggunakan straw yang diletakkan di mulut secara bergilir-gilir dalam kumpulan. Kumpulan yang berjaya mengumpulkan getah paling banyak dalam masa yang ditetapkan dikira sebagai pemenang. SLOT 5: REHAT Masa: 10.30 pagi – 11.00 pagi Murid, guru, dan AKP berehat, mengambil makanan/minuman AJK Pertandingan mengira dan mengemaskini markah terkumpul Sesi 1 SLOT 6: SUKANEKA MINI ANTARA RUMAH SUKAN (SESI 2) Masa: 11.00 pagi – 12.00 tengah hari 1. Gelung Berganti (20 Minit): Peserta memegang tangan dalam satu barisan dan perlu memindahkan gelung rotan dari hujung ke hujung barisan tanpa melepaskan pegangan tangan. Menguji kelenturan fizikal dan strategi pasukan. 2. Lontar Bola (20 Minit): Peserta melontar bola ke dalam sasaran/bakul dari jarak yang ditetapkan untuk mengumpul mata. Menguji ketepatan lontaran dan kemahiran koordinasi mata-tangan. 3. No Hands Cookies Challenge (20 Minit): Biskut diletakkan di atas dahi peserta dan peserta perlu menggerakkan otot muka untuk memasukkan biskut ke dalam mulut tanpa menggunakan tangan. Acara santai yang sangat menghiburkan. SLOT 7: MAJLIS PENUTUPAN & PENYAMPAIAN HADIAH Masa: 12.00 tengah hari – 12.50 tengah hari Pengumuman keputusan rasmi keseluruhan kejohanan sukaneka mini. Penyampaian hadiah bagi Rumah Sukan Johan, Naib Johan, dan Ketiga. Ucapan Penutupan oleh Guru Besar / Pengerusi Pengelola. Sesi fotografi kenangan bersama semua warga sekolah. SLOT 8: BERSURAI Masa: 12.50 tengah hari
Event Information
|
Event Date |
16-10-2026 8:00 am - 12:50 pm |
|
Capacity |
Unlimited |
|
Registered |
0 |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
Sk St Peter & St Paul
|
We are no longer accepting registration for this event