Hari Sukan Negara Peringkat SMJK Shan Tao 2026

Hari Sukan Negara Peringkat SMJK Shan Tao 2026 Hari Sukan Negara dilaksanakan untuk merealisasikan hasrat dan inspirasi Kementerian Belia dan Sukan bagi menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan sehingga menjadi satu budaya hidup. Pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara akan diadakan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Justeru, pada tahun ini sambutan tersebut akan diadakan pada 10 Oktober 2026. Sebagai sokongan terhadap program tersebut, pihak sekolah mengambil inisiatif mengadakan program tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan.     3.0 MATLAMAT Memperkasa warga SMJK Shan Tao dengan aktiviti dan kepakaran bersesuaian ke arah menjadikan kecergasan sebagai gaya hidup pilihan. Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030).      4.0 OBJEKTIF : a. Melahirkan generasi murid-murid sekolah yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). b. Mengadakan program kecergasan yang sihat untuk warga sekolah. c. Menyahut seruan Kementerian Pendidikan  untuk mengadakan program Hari Sukan Negara.   5.0 PENGANJUR HSN 2026 Unit Kokurikulum SMJK Shan Tao.

Event Information

Event Date 10-10-2026 7:00 am - 10:00 am
Registration Start Date 10-12-2026 11:05 am
Capacity 1200
Registered 0
Available Place 1200
Individual Price Free
Location SMJK SHAN TAO