Hari Sukan Negara peringkat SK. Sualok

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT SK SUALOK Tema: Sukan Bersama Warga SK Sualok Tarikh: 9 Oktober 2026 (Jumaat) Masa: 7.00 pagi – 11.30 pagi Tempat: Sekolah Kebangsaan Sualok, Beluran, Sabah Penganjur: SK Sualok Sasaran: Semua murid, guru dan ibu bapa SK Sualok OBJEKTIF PROGRAM 1. Menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga sekolah. 2. Memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan. 3. Memberikan peluang kepada semua murid menyertai aktiviti sukan mengikut tahap umur dan kebolehan. 4. Mengeratkan hubungan antara murid, guru dan ibu bapa. 5. Menyemarakkan sambutan Hari Sukan Negara melalui aktiviti yang menyeronokkan. PENGISIAN PROGRAM Prasekolah – Sukaneka Aktiviti seperti lari membawa bola, memasukkan bola ke dalam bakul, lari membawa objek dan aktiviti koordinasi mudah. Tahap 1 (Tahun 1–3) – Sukaneka Antara Rumah Aktiviti lari dalam guni, membawa bola dalam sudu, isi air dalam botol dan lari berhalangan. Tahap 2 (Tahun 4–6) – Permainan Antara Rumah - Futsal Perempuan - Bola Jaring Lelaki - Bola Tampar Pertandingan melibatkan tiga rumah sukan, iaitu Rumah Kuning, Rumah Merah dan Rumah Biru. ATUR CARA PROGRAM - 7.00 pagi – Murid dan guru berkumpul - 7.10 pagi – Senamrobik dan pemanasan badan - 7.25 pagi – Perasmian dan gimik Hari Sukan Negara - 7.35 pagi – Sukaneka Prasekolah dan Tahap 1 - 8.30 pagi – Permainan Tahap 2 - 10.00 pagi – Rehat - 10.30 pagi – Pengiraan dan semakan keputusan - 11.00 pagi – Pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah - 11.30 pagi – Sesi bergambar dan penutupan PENUTUP Penganjuran Hari Sukan Negara 2026 Peringkat SK Sualok merupakan usaha membudayakan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Program ini juga menjadi platform untuk membina keyakinan diri, disiplin, kerjasama dan semangat kesukanan murid. Slogan: Lebih Aktif • Lebih Sihat • Generasi MADANI Sukan Menyatukan Kita
Event Information
|
Event Date |
09-10-2026 7:00 am - 11:30 am |
|
Cut Off Date |
08-10-2026 11:30 am |
|
Capacity |
183 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
183 |
|
Individual Price |
PERCUMA |
|
Location |
SK SUALOK
|
We are no longer accepting registration for this event