HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SK KG MINYAK 2026

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SK KG MINYAK 2026 Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat SK Kampung Minyak 2026 telah dilaksanakan pada 9 Oktober 2026 (Jumaat) dengan penyertaan semua warga sekolah. Program asalnya dirancang melibatkan beberapa aktiviti di kawasan padang sekolah, namun keadaan cuaca hujan menyebabkan padang menjadi basah dan tidak sesuai digunakan. Sehubungan itu, pelaksanaan program telah dipindahkan ke dewan sekolah. Memandangkan ruang dewan agak terhad, aktiviti yang dijalankan telah disesuaikan mengikut keadaan dan faktor keselamatan murid. Aktiviti kecergasan dan pergerakan ringan tetap dilaksanakan bagi memastikan murid terus aktif serta dapat menyertai sambutan Hari Sukan Negara dalam suasana yang menyeronokkan. Walaupun terdapat perubahan pada perancangan asal, program tetap dapat dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama guru dan murid. Murid prasekolah turut mengambil bahagian mengikut kemampuan masing-masing. Secara keseluruhannya, program berjaya memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang kepentingan gaya hidup aktif, sihat dan cergas walaupun dilaksanakan dalam ruang dan aktiviti yang terhad akibat faktor cuaca.

Event Information

Event Date 09-10-2026 7:30 am - 11:00 am
Capacity Unlimited
Individual Price Free
Location SK KG MINYAK