
Hari Sukan Negara 2026 peringkat SMK Tawau II telah diadakan bagi memupuk amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan penglibatan warga sekolah dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Pelbagai aktiviti sukan dan permainan telah dilaksanakan bagi menggalakkan kecergasan fizikal, mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dan kesukanan dalam kalangan murid dan guru.