PENGENALAN SUKAN MEMANAH TRADISIONAL SEMPENA HARI SUKAN NEGARA RELA DAERAH LAHAD DATU

Sempena sambutan Hari Sukan Negara Peringkat RELA Lahad Datu 2026, satu program Pengenalan Sukan Memanah Tradisional telah diadakan dengan kerjasama Kelab Memanah Tradisional Segama (SEGATRAC). Program ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 66 orang anggota RELA yang turut memeriahkan aktiviti sukan memanah tradisional. Selain memberikan pendedahan kepada teknik dan asas memanah, program ini juga bertujuan memupuk semangat kesukanan, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggota RELA. Semoga program seumpama ini dapat terus dilaksanakan bagi menggalakkan budaya hidup aktif, sihat dan cergas dalam kalangan warga RELA.