PROGRAM SUKAN RELA SEMPENA SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2026

Pada 10 Oktober 2026, Pejabat RELA Daerah Kuala Penyu telah berjaya menganjurkan program Larian 10KM sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) peringkat daerah. Program ini bertempat di Dewan KAN Jaliman Saban, Kampung Tenambak, Kuala Penyu dan telah menghimpunkan penyertaan meriah daripada warga anggota RELA serta komuniti setempat.
Penganjuran acara larian sejauh 10 kilometer ini bertujuan untuk membudayakan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan ketahanan mental, serta memupuk semangat perpaduan yang kukuh. Di samping menyemarakkan sambutan HSN 2026, program ini juga berjaya mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama strategik antara pasukan RELA dengan masyarakat tempatan sejajar dengan hasrat membina sebuah komuniti yang cergas, aktif, dan bersatu padu.
We are no longer accepting registration for this event