KARNIVAL MAHABBAH SK BATU FERRINGHI 2026

KARNIVAL MAHABBAH SK BATU FERRINGHI 2026   Karnival Mahabbah Sempena Hari Sukan Negara (HSN) peringkat SK Batu Ferringhi telah dilaksanakan sebagai satu inisiatif gabungan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah di samping memperkukuh hubungan silaturahim (mahabbah) antaras guru, murid, ibu bapa, dan komuniti setempat. Program ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah inisiatif Sekolah Angkat MADANI untuk melahirkan modal insan yang cergas, aktif, dan berdaya saing. Antara objektif karnival ini ialah menerapkan budaya sukan, kecergasan, dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid dan komuniti. Selain itu karnival ini menarik penglibatan komuniti setempat dan pihak berkepentingan (PIBG) menerusi aktiviti keusahawanan dan pameran agensi kerajaan. Program ini telah dijayakan menerusi pelbagai aktiviti  seperti Sesi Senamrobik Hari Sukan Negara & Fun Walk. Acara pembukaan ini  melibatkan semua peserta bagi meningkatkan stamina dan menyemarakkan amalan kecergasan fizikal nasional. Selain itu terdapat Jualan Makanan dan Cabutan Bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik sumbangan penaja. Secara keseluruhan, Karnival Mahabbah sempena Hari Sukan Negara SK Batu Ferringhi telah berlangsung dengan jayanya. Program ini bukan sahaja mencapai matlamat pembudayaan sukan di peringkat sekolah, malah berjaya menterjemahkan konsep MADANI melalui kerjasama erat dan semangat perpaduan komuniti setempat.

Event Information

Event Date 24-10-2026 7:00 am - 12:00 pm
Capacity 448
Registered 0
Available Place 448
Individual Price Free
Location SK BATU FERINGHI

We are no longer accepting registration for this event