
ACARA-ACARA YANG DIJALANKAN 1. Pertandingan Bola Sepak Pertandingan ini dijalankan secara perlawanan kalah mati di antara pasukan. Setiap pasukan menunjukkan semangat juang yang tinggi dan kawalan permainan yang baik. Acara ini mendapat sambutan yang amat meriah daripada murid-murid yang hadir sebagai penyokong. 2. Pertandingan Bola Baling Acara bola baling melibatkan kategori perempuan. Perlawanan berlangsung dengan penuh sengit dan menguji kepantasan serta kerjasama berpasukan dalam kalangan peserta. 3. Permainan Tradisional: Bowling Kelapa Aktiviti sukan rakyat ini dilaksanakan bagi memberi kelainan dan memeriahkan lagi suasana sambutan HSN. Murid-murid amat teruja menggunakan buah kelapa untuk menjatuhkan pin yang disediakan. Acara ini bukan sahaja menghiburkan tetapi juga menguji ketepatan dan kemahiran asas murid. Secara keseluruhannya, pelaksanaan program berjalan dengan lancar mengikut jadual yang ditetapkan. Penyertaan dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua murid serta guru adalah amat menggalakkan. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan murid yang sihat dari segi fizikal, mental, dan emosi.