.jpg)
Aktiviti yang Dilaksanakan Senamrobik – Aktiviti senaman beramai-ramai bagi meningkatkan kecergasan fizikal dan menggalakkan gaya hidup sihat. Sukan Permainan Mengikut Stesen – Murid menjalankan aktiviti sukan secara berkumpulan mengikut stesen yang ditetapkan: Stesen 1: Bola Sepak Stesen 2: Bola Baling Stesen 3: Bola Jaring Stesen 4: Sepak Takraw Stesen 5: Badminton Stesen 6: Olahraga Tentatif Program Masa Aktiviti 1.00 – 1.10 petang Pendaftaran dan persediaan murid 1.10 – 1.25 petang Aktiviti senamrobik 1.25 – 1.55 petang Aktiviti sukan permainan mengikut stesen 1.55 – 2.00 petang Penutup dan bersurai Objektif Pelaksanaan Meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kesihatan murid melalui aktiviti sukan. Memupuk minat murid terhadap aktiviti sukan dan rekreasi. Menggalakkan semangat kerjasama, disiplin dan kesukanan dalam kalangan murid. Membudayakan amalan gaya hidup aktif dan sihat dalam kehidupan seharian. Hasil yang Diharapkan Murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengamalkan gaya hidup sihat di samping memupuk semangat perpaduan dan kesukanan.