.jpg)
Aktiviti yang Dilaksanakan
Senamrobik – Aktiviti senaman beramai-ramai bagi meningkatkan kecergasan fizikal dan menggalakkan gaya hidup sihat.
Sukan Permainan Mengikut Stesen – Murid menjalankan aktiviti sukan secara berkumpulan mengikut stesen yang ditetapkan:
Stesen 1: Bola Sepak
Stesen 2: Bola Baling
Stesen 3: Bola Jaring
Stesen 4: Sepak Takraw
Stesen 5: Badminton
Stesen 6: Olahraga
Tentatif Program
Masa
Aktiviti
1.00 – 1.10 petang
Pendaftaran dan persediaan murid
1.10 – 1.25 petang
Aktiviti senamrobik
1.25 – 1.55 petang
Aktiviti sukan permainan mengikut stesen
1.55 – 2.00 petang
Penutup dan bersurai
Objektif Pelaksanaan
Meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan kesihatan murid melalui aktiviti sukan.
Memupuk minat murid terhadap aktiviti sukan dan rekreasi.
Menggalakkan semangat kerjasama, disiplin dan kesukanan dalam kalangan murid.
Membudayakan amalan gaya hidup aktif dan sihat dalam kehidupan seharian.
Hasil yang Diharapkan
Murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengamalkan gaya hidup sihat di samping memupuk semangat perpaduan dan kesukanan.