
SK Kampung Baru telah melaksanakan Program Hari Sukan Negara pada 9 Oktober, Jumaat di Dewan Bestari SKKB. Perancangan awal adalah untuk melaksanakan aktiviti sukan dan permainan di padang. Sekolah terpaksa mengubah aktiviti permainan sejajar dengan larangan menjalankan aktiviti/program luar kelas oleh Pengarah Pendidikan JPN Pulau Pinang kerana bacaan IPU jerebu yang tinggi. Namun begitu, guru-guru SKKB telah berjaya melaksanakan Hari Sukan Negara di dewan tertutup dengan aktiviti permainan tradisional, kad, chess dan permainan lain yang bersesuaian.