HARI SUKAN NEGARA - SENAMROBIK (2)

SJKC Li Tek A telah mengadakan aktiviti Senamrobik sempena Hari Sukan Negara bagi memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Aktiviti ini berlangsung dengan penuh semangat dan meriah apabila para guru serta murid mengambil bahagian dalam senamrobik bersama-sama. Melalui aktiviti ini, murid-murid dapat meningkatkan kecergasan fizikal, menyihatkan tubuh badan serta memupuk semangat kerjasama dan kesukanan. Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan dan mengamalkan gaya hidup aktif demi melahirkan generasi yang sihat, cergas dan ceria! 🌟 Badan Sihat, Minda Cerdas! ❤️💪

Event Information

Event Date 12-10-2026 8:00 am - 10:00 am
Capacity Unlimited
Individual Price Free
Location SJKC LI TEK A