Hari Sukan Negara 2026

Hari Sukan Negara 2026 Sambutan Hari Sukan Negara 2026 telah diadakan pada 06 November 2026 (Jumaat) dengan melibatkan penyertaan semua murid dan guru SK Jalan Residensi. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat melalui penglibatan aktif dalam aktiviti sukan dan kecergasan fizikal. Pelbagai aktiviti yang berteraskan kecergasan dan rekreasi telah dilaksanakan bagi menggalakkan warga sekolah mengamalkan gaya hidup aktif serta menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada rutin harian. Sepanjang program berlangsung, semua murid dan guru telah memberikan kerjasama dan penglibatan yang baik dalam menjayakan aktiviti yang dijalankan. Program ini bukan sahaja dapat meningkatkan kecergasan dan daya tahan fizikal, malah turut memupuk semangat kesukanan, disiplin, kerjasama serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah. Secara keseluruhannya, sambutan Hari Sukan Negara 2026 telah berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan warga sekolah yang sihat, cergas dan aktif.

Event Information

Event Date 11-06-2026 7:40 am - 8:30 am
Capacity 380
Registered 0
Available Place 380
Individual Price Free

We are no longer accepting registration for this event