MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PERLIS BIL.6/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PERLIS BIL.6/2026 Majlis Perhimpunan Bulanan JAIPs Bil. 6/2026 telah berlangsung dengan Bahagian Pendidikan sebagai host penggiliran. Majlis ini turut diserikan dengan pelaksanaan aktiviti senaman ringan yang diketuai oleh Encik Mohd Shahrul bin Ibrahim bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2026 (HSN). Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan warga JAIPs mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal, di samping memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan kecergasan diri. Pelaksanaan aktiviti ini juga menjadi salah satu usaha untuk menyemarakkan semangat Hari Sukan Negara dalam kalangan warga jabatan. Majlis ini turut dihadiri oleh Puan Maizura binti Shamsuddin, Pengarah JAIPs, barisan Ketua Penolong Pengarah serta seluruh warga JAIPs.

Event Information

Event Date 09-10-2026 8:15 am - 9:00 am
Capacity 80
Registered 0
Available Place 80
Individual Price Free
Location Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis

We are no longer accepting registration for this event