KEJOHANAN BOLA JARING TERBUKA UiTM PAHANG 2026

Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan untuk menyemarakkan budaya bersukan dan memperkukuh semangat kesukanan dalam kalangan peserta, malah berperanan sebagai medan pendedahan kepada suasana pertandingan yang lebih tersusun dan profesional. Selain itu, kejohanan ini turut menyokong pembangunan sukan bola jaring secara inklusif, di samping memperkukuh jaringan kerjasama antara universiti dan komuniti sukan setempat serta memartabatkan peranan UiTM Cawangan Pahang sebagai pusat penganjuran aktiviti sukan di peringkat negeri.   Cadangan penganjuran Kejohanan Bola Jaring Terbuka UiTM Pahang 2026 ini bertepatan dengan sambutan Hari Sukan Negara 2026 yang disambut pada 10 Oktober 2026. Pelaksanaan program ini selari dengan aspirasi Hari Sukan Negara dalam membudayakan gaya hidup sihat, meningkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti fizikal, serta memperkukuh semangat perpaduan melalui sukan. Melalui penganjuran kejohanan ini, Zentrix Nebula Netball Club berharap dapat menyemarakkan lagi sambutan Hari Sukan Negara di peringkat universiti dan negeri dengan menyediakan platform sukan yang aktif, kompetitif dan inklusif kepada golongan belia serta komuniti setempat. Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen UiTM Cawangan Pahang dalam menyokong agenda pembangunan sukan negara dan memperluaskan penglibatan masyarakat terhadap aktiviti kesukanan secara berterusan.

Event Information

Event Date 10-10-2026 8:00 am
Event End Date 11-10-2026 7:00 pm
Cut Off Date 20-09-2026
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price $300.00
Location DEWAN INDERA SEGARA