SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH (2)

ambutan Hari Sukan Negara 2026 peringkat SJKT Ladang Senawang telah diadakan pada 24 Oktober 2026 (Sabtu), bermula pukul 7.45 pagi hingga 12.45 tengah hari. Program ini melibatkan seramai 391 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Program ini bertujuan untuk menggalakkan murid mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif serta memupuk minat terhadap aktiviti sukan dan rekreasi. Antara aktiviti yang dirancang ialah senamrobik dan permainan dalaman seperti catur, ular dan tangga serta congkak. Murid juga diminta membawa permainan dalaman masing-masing ke sekolah bagi menyertai aktiviti yang dijalankan. Melalui program ini, murid berpeluang mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah, meningkatkan kemahiran berfikir serta memupuk semangat kerjasama dan perpaduan. Aktiviti yang dijalankan juga dapat mewujudkan suasana sekolah yang ceria dan menyeronokkan. Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan bersukan dan menjaga kesihatan. Program seumpama ini wajar diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan murid yang cergas, aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Event Information

Event Date 24-10-2026 7:40 am - 12:30 pm
Capacity Unlimited
Registered 0
Individual Price Free
Location SJKT LADANG SENAWANG

We are no longer accepting registration for this event