SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026 Hari Sukan Negara Peringkat SK Sawah Raja 2026 telah dilaksanakan pada 8 Oktober 2026 dengan penyertaan seramai 59 orang murid dan 12 orang guru. Program ini melibatkan tiga aktiviti utama, iaitu senamrobik, Tap Ball dan Racket Table Tennis. Aktiviti senamrobik dilaksanakan bagi meningkatkan kecergasan fizikal, manakala permainan Tap Ball dan Racket Table Tennis memberi peluang kepada murid untuk mengasah kemahiran koordinasi mata dan tangan, meningkatkan fokus serta memupuk semangat kerjasama. Program berlangsung dalam suasana ceria dan menyeronokkan dengan penglibatan aktif murid dan guru. Program ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat, menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal serta mengeratkan hubungan antara murid dan guru. Aktiviti yang dijalankan turut membantu membina keyakinan diri, disiplin dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta.

Event Information

Event Date 10-08-2026
Event End Date 10-08-2026
Capacity Unlimited
Individual Price Free
Location sk sawah raja