HARI SUKAN NEGARA SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ AHMAD MANAF 2026

1.0 PENGENALAN
Sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026, pihak SK Dato’ Ahmad Manaf, Nilai telah mengadakan pertandingan permainan dalaman pada 23 Oktober 2026. Pertandingan ini melibatkan permainan congkak bagi murid Tahun 4, selerak lidi bagi murid Tahun 5 dan catur bagi murid Tahun 6.
2.0 OBJEKTIF
Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan aktif murid dalam aktiviti sukan dan permainan, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan sesama murid. Selain itu, pertandingan ini dapat mencungkil bakat murid, mengasah kemahiran berfikir dan membuat keputusan serta menerapkan nilai kesabaran, disiplin dan persaingan yang sihat.
3.0 RINGKASAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN
Bil.
Permainan
Tahun
Kategori
Kelas Pemenang
1.
Congkak
4
Perempuan
4 Inovatif
2.
Congkak
4
Lelaki
4 Proaktif
3.
Selerak Lidi
5
Perempuan
5 Inovatif
4.
Selerak Lidi
5
Lelaki
5 Inovatif
5.
Catur
6
Perempuan
6 Proaktif
6.
Catur
6
Lelaki
6 Inovatif
4.0 HURAIAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan Congkak Tahun 4 Bagi pertandingan congkak Tahun 4, kelas 4 Inovatif telah muncul sebagai pemenang bagi kategori perempuan, manakala kelas 4 Proaktif telah berjaya memenangi kategori lelaki.
4.2 Pertandingan Selerak Lidi Tahun 5 Bagi pertandingan selerak lidi Tahun 5, kelas 5 Inovatif telah berjaya menjadi pemenang bagi kedua-dua kategori, iaitu perempuan dan lelaki.
4.3 Pertandingan Catur Tahun 6 Bagi pertandingan catur Tahun 6, kelas 6 Proaktif telah memenangi kategori perempuan, manakala kelas 6 Inovatif telah muncul sebagai pemenang bagi kategori lelaki.
5.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, pertandingan permainan dalaman sempena Hari Sukan Negara 2026 telah memberikan peluang kepada murid untuk menyertai aktiviti yang menyeronokkan, mencabar minda dan membina keyakinan diri. Penganjuran pertandingan ini diharapkan dapat menyemai minat murid terhadap aktiviti sukan dan permainan serta melahirkan murid yang aktif, berdisiplin dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan pentadbir, penyelaras Hari Sukan Negara, Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK) serta semua guru yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan pertandingan ini.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan yang diraih.
Event Information
|
Event Date |
23-10-2026 8:00 am - 10:00 am |
|
Cut Off Date |
23-10-2026 7:40 am |
|
Capacity |
Unlimited |
|
Registered |
0 |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
SK DATO' AHMAD MANAF
|
We are no longer accepting registration for this event