Hari Sukan Negara Peringkat SK Seliau
PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SELIAU
Program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Seliau dianjurkan bertujuan untuk memupuk budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga sekolah melalui aktiviti sukan dan rekreasi yang menyeronokkan. Program ini melibatkan penyertaan murid daripada pelbagai tahap melalui aktiviti sukan rakyat tradisional, permainan berkumpulan dan sukaneka yang dapat meningkatkan kecergasan fizikal, mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan kesukanan.
Pelaksanaan program ini diharapkan dapat menyemai minat murid terhadap aktiviti fizikal, membentuk gaya hidup sihat serta melahirkan murid yang cergas, aktif dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, selaras dengan aspirasi pendidikan negara.
Event Information
|
Event Date |
16-10-2026 7:40 am - 10:10 am |
|
Capacity |
Unlimited |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
Sekolah Kebangsaan Seliau |