HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN KERU TAHUN 2026

Program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah SK Keru Tahun 2026 dilaksanakan bagi memupuk minat murid terhadap aktiviti sukan dan permainan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif. Program ini bertemakan “Sukan Menyatukan Semua; Warga Sihat, Jiwa Semangat” dan melibatkan pertandingan dalaman yang dijalankan di dalam kelas. Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah catur, bola jaring, memanah, sofbol dan olahraga. Program ini turut merangkumi aktiviti PIKeBM oleh penyelaras unit serta aktiviti bersambung selepas waktu rehat. Melalui pelaksanaan program ini, murid berpeluang meningkatkan kecergasan fizikal, mengembangkan kemahiran sukan, memupuk semangat kesukanan, mengeratkan hubungan antara murid serta membina disiplin dan kerjasama dalam suasana yang menyeronokkan.
Event Information
|
Event Date |
21-10-2026 1:30 pm - 4:30 pm |
|
Capacity |
Unlimited |
|
Registered |
0 |
|
Individual Price |
Free |
|
Location |
SK KERU
|
We are no longer accepting registration for this event