HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH (10)

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH  (10) SJK(C) MA HWA, KAMPUNG BARU RASAH KERTAS CADANGAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026 (PELAKSANAAN AKTIVITI DALAMAN SEMASA WAKTU PJ)   1. Tarikh: Mengikut jadual waktu Pendidikan Jasmani (PJ) setiap kelas selepas                       penangguhan program asal pada 13 Oktober 2026.   2. Masa: Semasa waktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi setiap kelas. 3. Tempat: Bilik darjah masing-masing atau ruang dalaman yang sesuai dan selamat. 4. Sasaran: Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 5. Pakaian: Pakaian sukan sekolah. 6. Pengenalan Berikutan keadaan jerebu dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak menentu, aktiviti Hari Sukan Negara yang dirancang di luar bilik darjah ditangguhkan. Sebagai alternatif, guru Pendidikan Jasmani melaksanakan aktiviti dalaman yang ringan dan terkawal semasa waktu PJ, termasuk senamrobik, tayangan video penjagaan kesihatan semasa jerebu dan aktiviti interaktif. 7. Objektif Memupuk amalan hidup sihat; meningkatkan pengetahuan murid tentang langkah penjagaan kesihatan semasa jerebu; menggalakkan pergerakan fizikal ringan secara selamat; dan memastikan sambutan Hari Sukan Negara diteruskan dalam bentuk yang sesuai. 8. Cadangan Aktiviti Dalaman Bil. Aktiviti Pelaksanaan 1 Senamrobik ringan Ikut gerakan mudah melalui video atau panduan guru; pergerakan di tempat. 2 Video pendidikan kesihatan Tonton video berkaitan jerebu, IPU, pengurangan aktiviti luar dan penjagaan diri. 3 Kuiz kesihatan Soal jawab, kad jawapan atau kuiz digital berdasarkan video.   9. Atur Cara Cadangan (30 minit) Tempoh Aktiviti Tindakan 5 minit Pengenalan dan peringatan keselamatan Guru PJ 7 minit Senamrobik ringan / regangan Guru PJ 8 minit Tayangan video kesihatan semasa jerebu Guru PJ 7 minit Kuiz atau permainan interaktif Guru PJ 3 minit Rumusan dan penyejukan badan Guru PJ     10. Jawatankuasa dan Tugas Jawatan Guru / Bidang Tugas Penasihat Puan Lee Seok Kein, Guru Besar Penyelaras Cik Chik Wan Mei, GPK Kokurikulum Pelaksana Semua guru Pendidikan Jasmani: memilih video, mengendalikan aktiviti, mengawal keselamatan dan disiplin murid Dokumentasi Guru Pendidikan Jasmani mengambil sekurang-kurangnya empat gambar dan menghantar kepada penyelaras   11. Anggaran Perbelanjaan Tiada perbelanjaan tambahan (RM0.00). Menggunakan peralatan dan kemudahan sedia ada. 12. Langkah Keselamatan Aktiviti fizikal hanya berintensiti rendah dan tertakluk pada keadaan semasa, pengudaraan bilik darjah serta arahan pihak sekolah. Elakkan larian, lompatan lasak dan aktiviti yang menyebabkan murid tercungap-cungap. Jika keadaan tidak sesuai, gantikan aktiviti fizikal dengan tayangan video dan kuiz kesihatan. Murid yang tidak sihat tidak perlu menyertai pergerakan fizikal. 13. Penutup Diharapkan pelaksanaan aktiviti dalaman ini dapat menyemai budaya hidup sihat dan memberi pengetahuan tentang penjagaan kesihatan semasa jerebu, di samping memastikan keselamatan semua murid diutamakan.

Event Information

Event Date 26-10-2026
Event End Date 29-10-2026
Cut Off Date 29-10-2026
Capacity 24
Registered 0
Available Place 24
Individual Price Free
Location SJKC MA HWA, KG BARU RASAH

We are no longer accepting registration for this event