Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah

Program Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Sekolah telah diadakan pada 8 Oktober 2026 dengan melibatkan semua murid Prasekolah hingga Tahun 6 serta semua guru. Pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan akan dijalankan bagi menggalakkan warga sekolah mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal, memupuk minat terhadap aktiviti sukan serta menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid. Selain itu, program ini dapat memupuk nilai kerjasama, disiplin, toleransi dan semangat berpasukan melalui penyertaan dalam aktiviti yang dijalankan. Murid juga berpeluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti fizikal yang menyeronokkan bersama-sama rakan dan guru. Program ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan dan menjaga kesihatan diri, di samping mewujudkan suasana sekolah yang ceria, sihat dan harmoni. Semoga sambutan HSN ini dapat mencapai objektif yang ditetapkan serta membudayakan amalan hidup aktif dalam kehidupan seharian warga sekolah.

Event Information

Event Date 10-08-2026
Event End Date 10-08-2026
Capacity 143
Registered 0
Available Place 143
Individual Price -
Location SJKC Kg Baru Pajam

We are no longer accepting registration for this event